Kamera iPhone 6S Di Tangga Ke-10 Terbaik Pada Peranti Mudah Alih

Kamera iPhone 6S Di Tangga Ke-10 Terbaik Pada Peranti Mudah Alih

Diterbitkan pada Okt 14, 2015 oleh .

Peranti iPhone 6S dan 6S plus akan mula dijual di Malaysia jumaat ini dan pastinya akan mendapat sambutan menggalakkan seperti model sebelumnya. Ada yang merasakan model terkini iPhone ini adalah peranti yang terbaik di pasaran kerana kepantasan pemproses dan kemampuan mengambil gambar yang baik. Tetapi adakah tanggapan selari dengan realiti sebenar? Jika markah penanda aras digunapakai, kenyataan pertama tadi adalah benar kerana pemproses A9 mencatat markah lebih tinggi berbanding Exynos 7420 yang digunakan pada Galaxy S6.

DXOMark-iphone-6S-Plus

Tetapi dari segi kemampuan kamera pula iPhone 6S bukanlah peranti mudah alih dengan kamera terbaik. Laman ujian kamera DXOMark mendakwa kamera 12 Megapixel iPhone 6S hanya mampu menduduki tempat ke-10 dengan 82 markah. Ini adalah 5 markah di belakang kamera 23 Megapixel Sony Xperia Z5 yang dinobatkan sebagai kamera peranti mudah alih terbaik. Mereka meletakkan kamera iPhone 6S di tempat ke sepuluh kerana wujud masalah noise pada keadaan pencahayaan rendah serta masalah color banding. Sungguhpun hanya di tempat ke-10, ianya masih lagi mempunyai kemampuan optik yang baik berbanding majoriti peranti mudah alih yang ada di pasaran.


TIPS & ULASAN