Cari @ Amanz

Samsung mempunyai sejumlah penawaran aplikasi menarik khusus untuk pengguna peranti Galaxy, dan terkini mereka turut menerbitkan sebuah aplikasi baru dinamakan Game Tuner khusus untuk pengguna Samsung Galaxy Note 5 dan juga Gaalxy S6 Edge+.

Samsung Game Tuner

Menggunakakn Game Tuner ini, pengguna boleh mengoptimasiakn resolusi untuk sesuatu permainan supaya selesa dan cantik di mata anda, selain pada masa yang sama mengubah framerate untuk permainan berkenaan. Samsung mengatakan perkara ini sekaligus membolehkan peranti pengguna lebih sejuk dan menjimatkan masa bateri peranti berkenaan.

Sebagai contoh, jika anda inginkan resolusi yang baik untuk sesetengah permainan, dan hanya memadai untuk permainan berbentuk kasual – ia boleh dilakukan pada aplikasi ini dan memberikan kesan terhadap permainan yang dimainkan anda.

Selain daripada Galaxy Note 5 dan juga Galaxy S6 Edge+, Samsung turut mengatakan akan menawarkan ia untuk Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd