Cari @ Amanz

Humble Bundle sering bekerjasama dengan beberapa penerbit permainan khusus dalam menawarkan permainan daripada mereka pada harga yang rendah kepada pengguna. Terkini, mereka menawarkan koleksi permainan daripada Capcom dibawah Humble Capcom Bundle.

Humble Capcom Bundle

Melalui Humble Capcom Bundle, pengguna boleh membuat sebarang pembayaran dan menerima permainan Strider, Resident Evil : Revelations 2 – Episode 1 : Penal Colony, Lost Planet 3, dan juga Bionic Commando : Rearmed.

Jika pengguna melakukan pembayaran purata yang berubah dari hari ke hari, mereka akan menerima permainan tambahan iaitu Resident Evil : Revelations, Devil May Cry, dan juga Resident Evil 5.

Pihak Capcom juga turut menawarkan permainan khusus Resident Evil 5 – Untold Stories Bunlde DLC dan juga Ultra Street Fighter IV apabila pengguna melakukan pembayaran sekurang-kurangnya $15.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan koleksi permainan ini daripada Capcom untuk tempoh 14 hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd