OnePlus Akan Melancarkan Peranti Baru Pada 29 Oktober Hadapan

OnePlus Akan Melancarkan Peranti Baru Pada 29 Oktober Hadapan

Diterbitkan pada Okt 14, 2015 oleh .

Sejak OnePlus 2 dilancarkan sudah wujud ura-ura bahawa OnePlus akan mengeluarkan sebuah lagi peranti baru tahun ini. Beberapa gambar yang tertiris ke arena web menguatkan lagi desas-desus mereka akan mengeluarkan peranti kedua yang mempunyai spesifikasi kelas pertengahan. Nampaknya desas desus ini adalah sahih kerana OnePlus akan mengadakan majlis pelancaran produk baru pada 29 Oktober hadapan di London. Pengumuman yang dilakukan melalui Twitter disertakan dengan gambar huruf X sekaligus mengesahkan nama peranti baru ini.

OnePlus-X-teaser

Dari apa yang muncul dari laman TENAA OnePlus X adalah peranti dengan skrin 5″ FHD, diperkasakan pemproses Mediatek MT6795, RAM sebesar 2 Gigabyte dan kamera utama sebesar 13 Megapixel IMX 258. Ia turut dipercayai mempunyai sokongan NFC dan Infra merah yang tidak disertakan pada OnePlus 2. Dari gambar yang tertiris peranti terkini ini kelihatan seperti sebuah Xperia Z3. Sama-sama kini nantikan pengumuman rasminya di hujung bulan ini.

OnePlus-X-tenaa


TIPS & ULASAN