Cari @ Amanz

Saman menyaman kerana harta intelek adalah lumrah dunia teknologi. Kes saman paling terkenal lima tahun kebelakangan ini ialah yang melibatkan Apple dan Samsung. Kes ini masih belum selesai sepenuhnya kerana Samsung sedang merayu keputusan mahkamah yang mengarahkan mereka membayar lebih daripada $ 1 Billion kepada Apple sebagai ganti rugi.

apple-ipad-2012

Sebuah lagi kes saman menyaman membabitkan Apple kini baru sahaja selesai dan ianya tidak mendapat laporan yang meluas. Apple disaman oleh Universiti Wisconsin kerana menggunakan teknologi pengoptimasian cip pemproses milik mereka tanpa kebenaran. Teknologi ini digunakan pada cip Apple A7, A8 dan A8X. Barisan juri mahkamah Wisconsin mendapati Apple bersalah di dalam kes ini. Oleh itu mereka berhadapan dengan bayaran ganti rugi sebanyak $867juta (RM 3.64 Billion). Paada tahun 2008, Universiti Wisconsin bertindak menyaman Intel kerana kesalahan yang sama. Tetapi kes ini berjaya diselesaikan di luar mahkamah.

Keputusan mahkamah ini bukan pengakhiran kepada masalah yang bakal melanda Apple. Kes saman kedua turut difailkan oleh Universiti Wisconsin kerana penggunaan paten yang sama ditemui pada cip Apple A9 dan A9X. Tidak seperti Intel, Apple bercadang untuk terus melawan keputusan ini dari menyelesaikannya di luar mahkamah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd