Jualan Murah Permainan Stealth Kini Berlangsung Di Steam
Artikel Berkaitan

Jualan Murah Permainan Stealth Kini Berlangsung Di Steam

Diterbitkan pada Okt 14, 2015 oleh .

Jualan murah Steam adalah amat dinantikan oleh penggemar permainan PC.  Ianya akan menyebabkan anda membeli berpuluh permainan pada harga murah yang kemudiannya tidak dimainkan kerana anda tidak mempunyai masa terluang. Kami akui tergolong di dalam kategori individu yang melakukan perkara di atas. Steam kini sedang mengadakan jualan murah permainan di dalam genre stealth. Steam Stealth Sale akan berlangsung sehingga  16 Oktober ini.

Steam-Stealth-Sale

Sebanyak 65 permainan di dalam genre stealth seperti Splinter Cell, Assassin’s Creed dan Thief ditawarkan dengan potongan harga sehingga 80% dan semurah RM 2.45. Kepada mereka yang sukakan genre ini jangan lepas peluang untuk menambah koleksi permainan anda sekarang.

 


TIPS & ULASAN