TM Akan Mengumumkan Pakej Promosi Unifi Advance 30Mbps Bermula RM179

TM Akan Mengumumkan Pakej Promosi Unifi Advance 30Mbps Bermula RM179

Diterbitkan pada Okt 14, 2015 oleh .

Telekom Malaysia telah hadir dengan beberapa teaser sebelum ini untuk suatu pengumuman khusus yang akan diadakan pada 15 Oktober – iaitu esok. Kini, gambar helaian promosi untuk produk baru mereka tertiris, memperlihatkan pakej promosi pada harga serendah RM179 sebulan.

Unifi Advance 30Mbps

Seperti ramai sedia maklum, pakej Unifi Advance 30Mbps telah ditawarkan sejak beberapa bulan lepas, dan Telekom Malaysia telah mengumumkannya secara rasmi pada bulan Ogos yang lepas. Ketika itu, ia diperkenalkan dengan harga tawaran RM199.

Melalui helaian promosi yang tertiris, Telekom Malaysia akan menawarkan ia bersama-sama pakej HyppTV Aneka atau Varnam pada harga langganan bulanan RM179 sebulan, dengan HyppTV Ruby Pack pada harga langganan RM189 sebulan dan HyppTV Jumbo Pack pada harga langganan RM209 sebulan.

Tiada pakej panggilan suara yang disertakan, dan pengguna akan dikenakan caj sebanyak 20 sen seminit untuk setiap panggilan yang dilakukan.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, Telekom Malaysia melalui Unifi Advance 30Mbps ini menawarkan kadar muat-turun 30Mbps dan kadar muat-naik 5Mbps. Pengguna turut boleh menaik taraf kepada Unifi Advance 50Mbps pada tambahan RM50 sebulan.

Pihak Telekom Malaysia dijangka berkongsi lanjut mengenai pakej dan penawaran baru mereka esok.

TM Unifi Advance 30Mbps


TIPS & ULASAN