Cari @ Amanz

Selain daripada helaian promosi tertiris yang memperlihatkan harga promosi untuk Unifi Advance 30Mbps yang ditujukan kepada pengguna umum, pihak Telekom Malaysia juga dilihat akan mengumumkan pakej baru untuk pengguna perniagaan – dimana hadir dengan sokongan IP Dinamik.

Dua pakej baru yang bakal diumumkan adalah Unifi BIZ 30Mbps dan juga Unifi BIZ 50Mbps. Pihak Telekom Malaysia pernah berkongsi mengenai akan memperkenalkan pakej baru ini bersama kami pada bulan Ogos yang lepas, tetapi harga dan info lanjut mengenainya tidak dikongsikan ketika itu.

Unifi BIZ 30Mbps

Melalui apa yang hadir tertiris hari ini, ia dilihat Telekom Mlaaysia akan mengumumkan pakej Unifi BIZ Advance Plan dengan kelajuan 30Mbps pada harga sebulan RM299, sementara 50Mbps pada harga langganan RM349 sebulan.

Seperti pakej untuk pengguna, tawaran kelajuan muat-naik dan muat-turun adalah tidak sekata. Sebagai contoh, untuk pakej dengan kelajuan 30Mbps, pihak Telekom Malaysia menawarkan kelajuan muat-turun pada kadar 30Mbps, sementara muat-naik pada kadar 5Mbps.

Penawaran harga rendah ini mungkin akan menarik lebih ramai pengguna perniagaan menggunakan pakej Unifi. Pada hari ini, Unifi BIZ 20 dengan IP dinamik ditawarkan pada harga langganan bulanan RM380.54 sebulan.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Telekom Malaysia akan mengumumkan pakej baru Unifi Biz ini secara rasminya – dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya esok.

Unifi BIZ 30Mbps

Terima kasih Daniel untuk gambar dan tips

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd