WhatsApp Menguji Fungsi Pratonton Pautan Web Yang Dikongsikan Pada Permesejan

WhatsApp Menguji Fungsi Pratonton Pautan Web Yang Dikongsikan Pada Permesejan

Diterbitkan pada Okt 15, 2015 oleh .

WhatsApp merupakan salah satu platform permesejan popular dan digunakan dengan meluas oleh pelbagai pengguna. Pihak WhatsApp sendiri sering menguji pelbagai fungsi baru pada aplikasi mereka, dan kini ia dilihat mereka sedang menguji fungsi pratonton pautan yang dikongsikan pada aplikasi berkenaan.

WhatsApp Link Preview

Jikalau sebelum ini, sekiranya rakan anda menghantar pautan web kepada anda, anda mungkin tidak mengetahui kandungan yang disertakan bersama-sama dengannya sehinggalah anda membuka pautan berkenaan. Perkara ini mungkin tidak selamat dari segi sekuriti – memandangkan mungkin anda terdedah untuk serangan pautan malware dan sebagainya.

Kini, WhatsApp dilihat menguji fungsi untuk pratonton apakah kandungan yang dibawakan oleh sesuatu pautan web berkenaan. Pengguna jika berkongsi pautan web, ia memperlihatkan secara ringkas kandungan yang dibawakan oleh sesuatu web – dan anda akan menjadi lebih yakin untuk klik pada pautan yang dikongsikan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian di WhatsApp untuk Android – dan tidak diketahui lagi sama ada pihak WhatsApp akan memperkenalkan ia secara rasmi ataupun akan memakan masa yang lama lagi.

Muat-Turun WhatsApp untuk Android


TIPS & ULASAN