Apple Magic Trackpad 2 Memberikan Fungsi Force Touch Pada Komputer Desktop

Apple Magic Trackpad 2 Memberikan Fungsi Force Touch Pada Komputer Desktop

Diterbitkan pada Okt 15, 2015 oleh .

Fungsi Force Touch yang diperkenalkan pada Macbook 2015 adalah fungsi yang mahu mengubah bagaimana sebuah pad sesentuh berfungsi pada sebuah komputer riba. Pad sesentuh dengan timbal balas haptik membenarkan interaksi dunia digital pada paparan skrin dengan dunia sebenar iaitu jari pengguna. Fungsi ini kemudian digunakan pada peranti pintar dengan nama baru 3D touch. Peranti pintar dan komputer riba Apple kedua-duanya mempunyai teknologi sentuhan terkini. Bagaimana pula dengan pengguna komputer desktop Macintosh? Adakah mereka akan ketinggalan?

Macgi-Trackpad-2-1

Magic Trackpad 2 baru sahaja dijual oleh Apple dan akhirnya fungsi Force Touch kini turut boleh digunakan oleh pengguna iMac dan MacPro. Berbanding model lama, Magic Trackpad baru ini mempunyai pad sesentuh yang 29% lebih besar. Ia mempunyai permukaan diperbuat daripada kaca sama seperti pada sebuah Macbook dan tubuh diperbuat daripada aluminium. Ia boleh ditambah secara Bluetooth dan bateri yang digunakan dapat bertahan selama sebulan sebelum perlu dicas. Ianya dijual pada harga $129 sebuah.

Macgi-Trackpad-2-2


TIPS & ULASAN