Carian
LG
LG Mengumumkan Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Untuk Pengguna LG G4
October 15, 2015 Aman

LG hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka telah mula menawarkan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk pengguna LG G4 – bermula di negara Poland terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada pengguna lain seluruh dunia secara berperingkat.

LG G4

LG menjadi antara yang terawal untuk menawarkan kemaskini versi baru ini, yang mana hadir dengan beberapa ciri-ciri baru, termasuk kebolehan untuk mengawal kebenaran yang diakses oleh sesuatu aplikasi, fungsi Doze Mode yang mematikan aplikasi di latar supaya tidak menggunakan bateri yang tinggi, serta beberapa fungsi baru yang lain.

LG mengatakan mereka komited untuk menawarkan pengalaman baik kepada pengguna, dan menjadi terawal berbanding pelbagai pesaing lain di pasaran dalam menawarkan kemaskini Android 6.0 Marshmallow kepada pengguna mereka.

Komen