Facebook Bakal Memperkenalkan Aplikasi Notify – Memfokuskan Notifikasi Berita Dalam Masa-Nyata

Facebook Bakal Memperkenalkan Aplikasi Notify – Memfokuskan Notifikasi Berita Dalam Masa-Nyata

Diterbitkan pada Okt 15, 2015 oleh .

Sebelum era peranti mudah-alih menjadi popular, ramai yang mengikuti pelbagai laman berita dan info melalui langganan RSS. Kini, ia berubah kepada pengguna mengikuti sesuatu laman melalui Facebook dan Twitter. Beberapa aplikasi terdapat di pasaran hari ini dalam memudahkan anda mengikuti laman-laman yang digemari, dan Facebook kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah aplikasi dinamakan Notify dalam memudahkan proses berkenaan.

Melalui aplikasi Notify ini, ia dikatakan pengguna boleh memilih penerbitan yang mereka minati, dan seterusnya menerima notifikasi apabila terdapat sebarang perkara baru yang dikongsikan.

Facebook Notify

Facebook dikatakan akan memperkenalkan aplikasi baru ini pada penghujung bulan ini, dan ia kini dalam fasa ujian dikalangan beberapa penerbit kandungan di Amerika Syarikat.

Ini sekaligus mungkin membawa kepada era baru bagaimana berita dikongsikan dan dibaca melalui platform Facebook. Buat masa ini, Twitter menyediakan fungsi lebih kurang sama, membolehkan pengguna menerima notifikasi masa-nyata ketika akaun yang diikuti mereka berkongsi sesuatu.


TIPS & ULASAN