Minggu 1ASEAN Entrepreneurship Summit Akan Diadakan Pada 16-22 November Ini

Minggu 1ASEAN Entrepreneurship Summit Akan Diadakan Pada 16-22 November Ini

Diterbitkan pada Okt 15, 2015 oleh .

Tahun ini sahaja pelbagai acara berbentuk keusahawanan telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui agensi-agensi berwajib. Acara seperti Bahtera, GREAT 2015, 1MET, telah memacu program keusahawanan di kalangan rakyat. Bagi menutup program tahunan ini, minggu 1ASEAN Entrepreneurship Summit telah diumumkan akan berlangsung pada 16-22 November 2015.

Pada minggu tersebut, lebih dari 20 acara dan program akan diadakan, merangkumi 8 kluster iaitu Startup, Teknologi Digital, Seni Kreatif, Industri Halal, Perusahaan Teknologi Tinggi, Bioteknologi, Agroteknologi dan juga pendanaan. Selain dari itu, acara utama turut akan diadakan seperti seminar 1AES tersebut di KL Convention Centre dan juga anugerah Rice Bowl Awards yang meraikan startup di rantau ASEAN.

Minggu 1AES ini akan diadakan di beberapa lokasi berasingan sekitar Jalan Kia Peng dan juga KL Convention Centre. Anda juga boleh mendaftarkan kehadiran anda di halaman rasmi mereka bermula hari ini.

Daftar: 1ASEAN Entrepreneurship Summit


TIPS & ULASAN