U Mobile Menawarkan iPhone 6S/6S Plus Bersama Pakej Prabayar – Data Sehingga 10GB

U Mobile Menawarkan iPhone 6S/6S Plus Bersama Pakej Prabayar – Data Sehingga 10GB

Diterbitkan pada Okt 15, 2015 oleh .

Bermula malam ini penjualan peranti Apple iPhone 6S | 6S Plus akan dilakukan di seluruh Malaysia. Pelbagai syarikat telekomunikasi juga hadir dengan pelan khusus untuk peranti ini, dan U Mobile menerusi pelan iPlans untuk iPhone terbaru ini turut hadir dengan pelan menarik berbanding syarikat telekomunikasi yang lain.

screenshot_578

Terdapat empat pilihan iPlans yang disediakan oleh U Mobile iaitu i40, i60, i90 dan juga i130. Diantara keempat-empat pelan ini, pelan i40 membolehkan pengguna memiliki iPhone 6S/6S Plus pada bayaran bil sebanyak RM 42.40 untuk pascabayar. Bagi pengguna yang memilih prabayar iPlans, pengguna hanya perlu memastikan baki prabayar mencukupi untuk kadar bayaran bil bulanan tersebut. Untuk pelan i40, pengguna prabayar perlu mempunyai baki didalam akaun prabayar mereka melebihi RM 42.40. Pelan prabayar dan pascabayar iPlans yang lain adalah i60 pada kadar bil bulanan RM 63.60, i90 pada kadar bil bulanan RM 95.40, dan i130 pada kadar bil bulanan RM 137.80.

screenshot_576

Menariknya jika dibandingkan pelan i90 yang ditawarkan oleh U Mobile berbanding syarikat telekomunikasi yang lain, pada kadar RM 95.40 dengan kuota internet berkelajuan tinggi sebanyak 7GB, U Mobile turut menyertakan panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian. Syarikat telekomunikasi lain menawarkan pelan yang hampir sama namun mempunyai bayaran bil bulanan melebihi RM 100. Jika anda merupakan pengguna data yang tegar, terdapat pilihan i130 yang menawarkan data sehingga 10GB dengan bayaran bil bulanan RM 137.80

Selain dari itu, seperti yang pernah ditulis sebelum ini, U Mobile turut menawarkan skim pembayaran yang fleksible menerusi Flexi U MicroCredit. Menerusi skim pembayaran sebegini, pengguna U Mobile boleh memilih untuk melakukan pinjaman diantara RM 1,000 sehingga RM 3,500 dengan pilihan tempoh pembayaran selama 12 bulan, 24 bulan, 30 bulan atau 36 bulan dengan kadar faedah tetap sebanyak 1.2%. Bagi anda yang berminat dengan pelan yang ditawarkan oleh U Mobile dan berminat untuk menjadi antara yang terawal memilikinya, anda boleh hadir ke Berjaya Times Square malam ini dan penjualan akan dimulakan pada 12 tengah malam ini. 300 pelanggan pertama akan menerima hadiah misteri dari U Mobile.

Layari: Pelan iPlans U Mobile


TIPS & ULASAN