Microsoft Membolehkan Anda Berbual Menggunakan Skype – Walaupun Tanpa Akaun Skype

Microsoft Membolehkan Anda Berbual Menggunakan Skype – Walaupun Tanpa Akaun Skype

Diterbitkan pada Okt 16, 2015 oleh .

Microsoft dibawah Satya Nadella dilihat lebih terbuka dan memudahkan lagi pengguna menggunakan perkhidmatan mereka pada pelbagai platform. Hari ini, Microsoft membawakan lebih kemudahan memfokuskan kepada pengguna Skype, dimana mereka mengumumkan kini pengguna boleh berbual dengan rakan mereka lain menggunakan Skype walaupun rakan mereka tidak mempunyai akaun tersebut.

Skype Web

Untuk menggunakannya dan berbual dengan anda, anda yang mempunyai akaun Skype perlu menjana sebuah pautan khusus, dan berkongsi kepada rakan anda. Kemudian, rakan anda boleh menyertainya dengan hanya memilih nama paparan pada Skype tersebut.

Mereka juga tidak perlu memuat-turun sebarang klien, kerana boleh menggunakan perkhidmatan Skype melalui web.

Microsoft mengatakan pengguna perlu menjana pautan khusus berkenaan menggunakan aplikasi desktop Skype terlebih dahulu, dan berkongsi dengan rakan mereka menggunakan emel, WhatsApp, atau sebarang laman sosial.

Fungsi ini diperkenalkan secara berperingkat di Amerika Syarikat dan UK terlebih dahulu hari ini – dan akan diperluaskan kepada semua pengguna seluruh dunia secara berperingkat selepas itu.


TIPS & ULASAN