Perkhidmatan seperti Google Docs dan juga Office Online sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat penyuntingan dokumen dan juga berkolaborasi antara satu sama lain. Dalam arena yang mempunyai persaingan yang sengit ini, kini Dropbox memperkenalkan penawaran mereka yang baru dinamakan Paper.
Dropbox Paper masih lagi pada peringkat fasa beta terturup buat masa ini, dan pengguna perlu mendaftarkan minat sebelum berpeluang untuk mencubanya.
Dropbox telah pun digunakan ramai untuk untuk memuat-naik dokumen dan menyimpan serta berkongsi melaluinya. Menggunakan Dropbox Paper ini, pengguna boleh berkolaborasi untuk menyuntingnya – sekaligus menjadikan ia lebih berguna untuk pengguna Dropbox Business.
Bagi anda yang aktif menggunakan Dropbox, boleh mendaftarkan minat di laman Dropbox Paper hari ini, dan menantikan akses untukya yang akan ditawarkan secara berperingkat.
- Layari : Dropbox Paper