G-Ro – Bagasi Direka Khas Untuk Pengguna Zaman Pasca PC

G-Ro – Bagasi Direka Khas Untuk Pengguna Zaman Pasca PC

Diterbitkan pada Okt 16, 2015 oleh .

Sekiranya anda mahu menjadi penulis teknologi sepenuh masa seperti kami di Amanz, anda perlu membiasakan diri terbang ke luar negara beberapa kali setahun. Apa yang kami sedari ialah cara paling pantas untuk keluar dari lapangan terbang ialah dengan tidak menyimpan bagasi di ruangan kargo pesawat. Tetapi majoriti bagasi yang wujud sekarang tidak mempunyai ruang yang cukup untuk pakaian dan barangan elektronik yang perlu kami bawa. Maka terpaksalah juga kami menggunakan dua beg dan kemudian menantinya keluar dari ruangan kargo.

G-Ro-2

G-Ro (disebut Gee-Ro) adalah bagasi yang direka khas untuk pengguna di zaman pasca PC. Ia mempunyai ruang yang cukup untuk pakaian untuk beberapa hari serta ruang besar untuk komputer riba, tablet dan peranti pintar yang lain. Bagi memudahkannya disorong, roda yang besar digunakan. Tiada lagi masalah roda kecil yang tersekat dalam perjalanan ke hotel. Selain daripada itu ia turut mempunyai power bank terbina sebesar 23000 mAh yang dilengkapi palam elektrik antarabangsa serta dua port USB terbina. Bahagian bawah G-Ro juga mempunyai bahagian bawah berhampiran tayar yang kalis air. Tiada lagi kerisauan kandungan beg basah jika terlanggar lopak. Akhir sekali pada bahagian atas terdapat sebuah pemegang tablet terbina. G-Ro boleh dimiliki pada harga bermula $279.

G-Ro-1 G-Ro-3

 

 


TIPS & ULASAN