(Konsep) One Third – Fon Telinga Yang Dijamin Tidak Berbelit Di Dalam Beg

(Konsep) One Third – Fon Telinga Yang Dijamin Tidak Berbelit Di Dalam Beg

Diterbitkan pada Okt 16, 2015 oleh .

Fon telinga berbelit ialah masalah yang kami yakin pernah dilalui oleh kesemua pemilik fon telinga. Kadang kala masalah berbelit ini membawa kepada kerosakan kepada fon telingan kerana sambungan bayar terputus. Kerana bosan dengan masalah fon telinga berbelit kami kini lebih gemar menggunakan fon kepala. One Third ialah konsep fon telinga yang direka khas supaya ianya tidak mudah berbelit di dalam beg.

onethird-konsep-2

Dua fon telinga dan jack 3.5mm One Third mempunyai bahagian belakang berbentuk segi tiga. Ia boleh disambungkan secara magnetik sebelum disimpan di dalam beg. Kebarangkalian untuk kabel berbelit kini akan berkurangan. One Third adalah rekaan Tien Sheng Huang, seorang pereka yang berasal dari Taiwan. Konsep fon telinga ini baru sahaja memenangi pertandingan Red Dot 2015.

onethird-konsep-1

 


TIPS & ULASAN