AMD Mengumumkan Kerjasama Dengan Firma China – Menjual 85% Pegangan Kilang Di Pulau Pinang

AMD Mengumumkan Kerjasama Dengan Firma China – Menjual 85% Pegangan Kilang Di Pulau Pinang

Diterbitkan pada Okt 16, 2015 oleh .

AMD (Advanced Micro Devices) telah pun mengumumkan kerjasama dengan salah satu syarikat China, iaitu Nantong Fujitsu Microelectronics Co. Melalui kerjasama ini kedua-dua syarikat akan memfokuskan untuk mengambil kelebihan permintaan dunia dalam industri pemasangan dan ujian semikonduktor.

AMD Penang

Untuk kerjasama ini, pihak AMD akan menyumbang beberapa perkara, termasuk fasiliti di Pulau Pinang, Malaysia dan juga Suzhou, China. AMD juga akan menawarkan sekitar 1700 pekerja mereka untuk kerjasama ini. Sebagai ganti, pihak NFME pula akan membeli pegangan sebanyak 85% pada fasiliti operasi di Pulau Pinang dan juga Suzhou. AMD dijangka akan menerima sekitar $371 juta daripada transaksi ini, serta 15% pegangan dalam entiti baru kelak.

AMD turut menekankan yang mana mereka tidak menyasarkan untuk mengurangkan sebarang tenaga pekerja di AMD Pulau Pinang ataupun Suzhou disebabkan oleh kerjasama ini.

Transaksi kedua-dua pihak ini dijangka akan selesai pada pertengahan pertama 2016 kelak selepas ia menerima pengesahan daripada pihak berkuasa.


TIPS & ULASAN