Steve Ballmer, Bekas CEO Microsoft Kini Memegang 4% Daripada Twitter

Steve Ballmer, Bekas CEO Microsoft Kini Memegang 4% Daripada Twitter

Diterbitkan pada Okt 17, 2015 oleh .

Steve Ballmer terkini telah pun melalui akaun Twitter mengumumkan yang mana beliau memegang sekitar 4% pegangan pada syarikat Twitter, sekaligus menjadikan beliau antara pelabur individu dengan pegangan yang besar pada laman sosial Twitter.

Steve Ballmer

Steve Ballmer merupakan bekas CEO Microsoft, dimana beliau menjadi CEO syarikat tersebut selepas Bill Gates. Beliau berhenti daripada Microsoft pada Februari 2014, dan kini digantikan oleh Satya Nadella.

Dengan pegangan sebanyak 4% ini, ia meletakkan Steve Ballmer sebagai pemegang ketiga individu tertinggi di Twitter, meletakkan beliau dibelakang Ev Williams dengan 6.8% pegangan, dan Putera Saudi Alwaleed Bin Talal sebanyak 5%. CEO baru Twitter, Jack Dorsey mempunyai pegangan sekitar 3%.


TIPS & ULASAN