Carian
Google Akan Membuang Sokongan “Ok Google” Daripada Chrome
October 17, 2015 Aman

Nampaknya, Google kini dalam usaha untuk menjadikan pelayar web mereka lebih ringan. Lanjutan daripada Google mengumumkan bakal membuang sokongan Notification Center, kini Google turut membuang fungsi “Ok Google” pada versi terbaru Chrome mereka.

Ok Google

Melalui Chrome 46, Google tidak lagi menyertakan fungsi berkenaan. Untuk yang tidak mengenalinya, melalui fungsi “Ok Google”, ia membolehkan pengguna untuk membuat carian berasaskan suara dengan hanya menyebut perkataan “Ok Google” sahaja. Fungsi “Ok Google” telah diperkenalkan sebagai pemalam pada November 2013 yang lepas, sebelum ia diintegrasikan pada pelayar web Chrome.

Walaupun mempunyai fungsi ini, ia boleh dikatakan tidak begitu mesra untuk pengguna desktop – dan boleh dikatakan tidak digunakan ramai pengguna.

Melalui Chrome versi terkini, walaupun fungsi tersebut tidak lagi disertakan, tetapi pengguna boleh mengaktifkan fungsi carian berasaskan suara dengan klik pada ikon mikrofon pada ruangan carian Google.

https://www.youtube.com/watch?v=oNBBijn4JuY

Komen