Carian
Samsung Akan Menjual Galaxy Note 5 Berwarna Emas Merah Jambu Di Korea Selatan
October 17, 2015 Effi Saharudin

iPhone 6S dan 6S Plus yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia semalam hadir dengan warna baru “emas bunga ros”. Ini hanyalah cara lebih unik untuk warna merah jambu. Walaupun sebenarnya bukanlah warna yang cantik, jualan iPhone 6S dan 6S Plus dengan warna ini mendapat sambutan hangat kerana ia menunjukkan kepada orang ramai anda menggunakan model terkini dan bukannya model tahun lalu. Bagi menyambut kedatangan dua peranti ini ke pasaran Korea Selatan, Samsung akan menjual Note 5 dengan warna “emas merah jambu” bermula 23 Oktober ini. Samsung Galaxy Note 5 emas merah jambu dengan muatan dalaman 64 Gigabyte akan dijual pada harga ₩ 960500  (RM 3548) sebuah . Ini adalah antara teknik pemasaran yang terpaksa dilakukan oleh Samsung bagi mendapatkan perhatian pengguna di Korea Selatan. Tidak diketahui sama ada Note 5 dengan warna baru emas merah jambu ini akan dijual di pasaran antarabangsa ataupun tidak.

Samsung-Galaxy-Note-5-Pink-Gold

 

Komen