BlackBerry Menerbitkan Video BlackBerry Priv – Memperlihatkan Sokongan Hub, Dan Papan Kekunci

BlackBerry Menerbitkan Video BlackBerry Priv – Memperlihatkan Sokongan Hub, Dan Papan Kekunci

Diterbitkan pada Okt 17, 2015 oleh .

BlackBerry hari ini telah menerbitkan video ringkas untuk telefon pintar Android akan datang mereka, iaitu BlackBerry Priv. Melalui video selama 41 saat berkenaan, BlackBerry memperlihatkan beberapa perkara, termasuk sokongan papan kekunci dan juga sokongan Hub yang akan disertakan.

BlackBerry Hub

Seperti ramai sedia maklum, BlackBerry Priv merupakan telefon pintar Android pertama mereka, yang turut hadir dengan papan kekunci yang boleh diluncurkan. Ia sekaligus membolehkan pengguna menggunakan peranti tersebut bersama papan kekunci atas skrin ataupun secara fizikal.

BlackBerry dilihat mengintegrasikan teknologi papan kekunci daripada peranti BlackBerry 10 sebelum ini, termasuk boleh flick untuk menaip perkataan yang dicadangkan.

Secara ringkas juga, BlackBerry memperlihatkan BlackBerry Hub, dan kebolehan untuk mengaksesnya dengan menekan butang Home untuk seketika.

BlackBerry sebelum ini telah berkongsi beberapa spesifikasi untuk peranti ini, termasuk menyertakan skrin bersaiz 5.4-inci dan bateri berkapasiti 3140mAh.

Harga jualan dan tarikh pelancarannya masih menjadi teka-teki buat masa ini.


TIPS & ULASAN