Carian
MOSTI Menghasilkan Dron Untuk Kegunaan Kecemasan Dengan Bantuan MMU
October 17, 2015 Effi Saharudin

Pesawat UAV pertama yang dihasilkan menggunakan teknologi tempatan ialah Aludra yang dibangunkan untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia. Projek ini dimulakan pada tahun 2007 bagi memberikan kemampuan merisik dan meninjau medan peperangan tanpa dikesan dengan mudah. Pada tahun 2010 projek Alundra dilaporkan mengalami masalah kerana dikatakan gagal memenuhi kehendak ATM. Sejak daripada itu kami tidak lagi mendengar apakah perkembangan program ini.

KUALA LUMPUR 13 October 2015. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau (dua,kanan) melihat sistem Unmanned Aerial Vehicle-Remote Sensing (UAV-RS) pesawat udara tanpa pemandu, turut bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahya (tiga,kanan) dan Ketua Pengarah Agensi Remote Sensing Malaysia, Azlikamil Napiah (kanan) di Agensi Remote Sensing Malaysia, Kuala Lumpur. NSTP/ Abdullah Yusof

Beberapa hari yang lalu MOSTI memperlihatkan dron mereka yang akan digunakan ketika kecemasan dan meninjau kawasan yang mudah banjir. Dron UAV-RS ini dibangunkan dengan bantuan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Multimedia University (MMU) dan Unmanned Systems Technology (UST). Dron ini sudah dibangunkan sejak 2008 dan sudah melakukan 180 jam penerbangan. Ia mampu terbang secara automatik selama 4 jam dengan jarak penerbangan sekitar 100 kilometer dan tinggi sekitar 3 kilometer. Kos pembangunan pula mencecah RM3 Juta.

Apa yang kami rasakan menarik ialah laporan tempatan tidak menyatakan bahawa UST adalah syarikat yang sama yang membangunkan Alundra. Rekabentuk UAV-RS juga adalah sama dengan gambar Alundra yang kami lihat pada tahun 2010. Jadi besar kemungkinan Aludra yang tidak digunakan oleh Aludra kini berubah fungsi kepada kegunaan awam.

Komen