Konsol Nintendo Akan Datang Dilaporkan Mungkin Dilengkapkan Dengan Konsol Mudah-Alih

Konsol Nintendo Akan Datang Dilaporkan Mungkin Dilengkapkan Dengan Konsol Mudah-Alih

Diterbitkan pada Okt 17, 2015 oleh .

Selain daripada Microsoft dengan Xbox dan juga Sony dengan PlayStation, satu lagi pengeluar konsol terkemuka di dunia adalah Nintendo. Terkini, Nintendo dilaporkan dalam persiapan untuk memperkenalkan konsol baru mereka pada tahun hadapan – dimana dikatakan akan menyertakan pelbagai teknologi terkini.

NintendoNintendo dilaporkan telah mula menawarkan kit pembangun kepada penerbit dan pembangun permainan – supaya bersedia dengan permainan mereka untuk konsol baru Nintendo apabila ia dilancarkan pada tahun hadapan.

Rekaan baru untuk konsol berkenaan dikatakan akan membawakan sedikit perbezaan daripada beberapa konsol lain di pasaran. Menurut laporan WSJ, Nintendo dikatakan akan menyertakan konsol biasa, dan hadir bersama-sama dengan satu unit mudah-alih yang boleh digunakan bersama-sama konsol berkenaan – ataupun dibawa utuk digunakan ketika berada di luar. Ini sekaligus akan membolehkan pengguna hanya membeli satu set konsol Nintendo sahaja – dan hadir dengan kedua-duanya, serta melengkapkan pengalaman permainan pengguna di dalam ataupun di luar rumah.

Nintendo tidak mengeluarkan sebarang komen buat masa ini, dan mengatakan akan berkongsi mengenainya pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN