Internet Berkelajuan Tinggi Berharga Rendah Akan Dipertimbangkan Bila Infrastruktur Dapat Tampung

Internet Berkelajuan Tinggi Berharga Rendah Akan Dipertimbangkan Bila Infrastruktur Dapat Tampung

Diterbitkan pada Okt 17, 2015 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna tempatan, salah satu perkara yang sering diminta daripada pihak kerajaan adalah penawaran internet berkelajuan tinggi pada harga rendah. Menjawab mengenainya, Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengatakan mereka sedang mengkaji berkaitan dengannya.

Dr Salleh Said mengatakan sebaik sahaja infrastruktur dapat menampung, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengubah pakej asas internet untuk akses berkelajuan lebih tinggi tanpa peningkatan dan perbezaan kos yang tinggi.

Pada hari ini, pakej asas yang ditawarkan adalah oleh Telekom Malaysia dengan pakej asas 386 kbps, yang mana boleh dikatakan agak kurang memuaskan pada masa kini – apatah lagi dengan banyak laman yang memerlukan data yang tinggi untuk diakses.

Menurut Dr Salleh Said Keruak, beliau menyasarkan untuk Malaysia mencapai akses internet sekurang-kurangnya 95% menjelang tahun 2020 kelak, dan ketika itu beliau menyasarkan untuk 50% kawasan bandar, dan 20% kawasan pedalaman mempunyai akses internet sepantas 100Mbps.

Buat masa ini, terdapat beberapa penyedia menawarkan pakej sepantas sehingga 100Mbps, tetapi harga jualannya agak tinggi. Pihak Telekom Malaysia sendiri baru-baru ini telah memperkenalkan pakej 30Mbps dan juga 50Mbps secara meluas – tetapi harga penawarannya boleh dikatakan agak tinggi kepada pengguna.


TIPS & ULASAN