Cari @ Amanz

Empat hari yang lalu kami melaporkan Apple didapati bersalah menggunakan paten pemprosesan cip milik University of Wisconsin tanpa kebenaran. Paten digunakan untuk menghasilkan cip Apple A7, A8 dan A8X yang digunakan pada peranti seperti iPhone 6. Pihak University of Wisconsin meminta ganti rugi berjumlah $867 juta (RM 3.64 Billion) sebagai pampasan. Pihak mahkamah walau bagaimanapun hanya menetapkan Apple hanya perlu membayar $267 Juta (RM 978 Juta). Ini adalah lebih kurang satu per empat dari apa yang diminta oleh pemegang paten.

apple-event

Sungguhpun begitu Apple masih ingin merayu supaya keputusan dibatalkan. Rayuan dilakukan kerana kes kedua melibatkan penyalahgunaan yang sama pada pemprosesan cip Apple A9 dan A9X masih belum berlangsung. Pampasan yang perlu dibayar ini akan memberikan kesan kepada keputusan kes kedua kelak. Apple memang terkenal kerana mempunyai barisan peguam yang berkaliber dan mereka mungkin boleh menemui cara untuk mengurangkan lagi denda yang perlu dibayar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd