Google Menerima Paten Untuk Kanta Lekap Yang Dikuasakan Tenaga Solar

Google Menerima Paten Untuk Kanta Lekap Yang Dikuasakan Tenaga Solar

Diterbitkan pada Okt 18, 2015 oleh .

Google tidak lama sebelum ini telah memperlihatkan kanta lekap pintar yang dikhususkan untuk pengguna dengan penyakit diabetes. Terkini, mereka turut dilihat ingin membawa teknologi pada kanta lekap setapak lagi kehadapan dengan mengintegrasikan sokongan teknologi solar di dalam kanta lekap.

Google Kanta Lekap Pintar

Pihak Google dilihat telah menerima paten untuk kanta lekap yang dikuasakan tenaga solar. Melalui apa yang difailkan, kanta lekap berkenaan boleh memantau beberapa data berkenaan dengan pemakai, termasuk data seperti suhu badan, dan juga kandungan alkohol pada badan.

Sensor terbina pada kanta lekap berkenaan juga diperlihatkan seperti boleh mengumpulkan data berkaitan persekitaran seperti pencemaran udara dan sebagainya. Perkara ini sekaligus membolehkan penggunanya lebih sihat dan boleh mengelak daripada ancaman alahan untuk mereka.

Untuk menguasakannya, ia akan menggunakan kuasa cahaya melalui sensor bersaiz kecil yang terbina pada kanta lekap berkenaan. Ia bukan sahaja terhad kepada cahaya matahari, tetapi juga melalui cahaya lampu, mahupun flash ketika merakamkan gambar pengguna dan sebagainya.

Buat masa ini ia hanya sekadar paten sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada Google akan meneruskan pembangunannya ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN