Yahoo! Mail Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru – Menawarkan Sokongan Untuk Akaun Emel Lain

Yahoo! Mail Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru – Menawarkan Sokongan Untuk Akaun Emel Lain

Diterbitkan pada Okt 19, 2015 oleh .

Yahoo! Mail boleh dikatakan semakin berkurangan angka penggunanya jikalau dibandingkan dengan beberapa tahun lepas. Namun, pihak Yahoo! tidak melupakannya, dan sering menambah beberapa perkara baru pada perkhidmatan mereka. Terkini, Yahoo! mengumumkan pengenalan versi terbaru Yahoo! Mail untuk Android dan iOS.

Yahoo! Mail

Yahoo! Mail baru kini membawakan kemaskini pada antaramuka, dimana dilihat lebih kemas berbanding versi sebelumnya. Ia juga membawakan rekaan selari antara platform, dan memudahkan penggunaan klien tersebut pada peranti mudah-alih. Kini, pengguna boleh memadamkan sesuatu emel dengan swipe ke kiri atas sesuatu emel – atau menandakan ia sebagai telah dibaca dengan swipe ke kanan.

Disamping itu, kini pihak Yahoo! turut membolehkan pengguna menambah akaun emel Outlook dan AOL pada aplikasi berkenaan. Masih tiada sokongan untuk emel lain seperti IMAP, POP3 atau GMail – namun, penambahan ini mungkin memberikan petanda Yahoo! Mail akan menyokong lebih banyak akaun pada masa akan datang.

YahoO! Mail Android

Satu lagi pembaharuan yang hadir adalah sokongan “Yahoo! Account Key” – dimana merupakan sokongan baru daripada Yahoo! untuk mengakses akaun Yahoo! tanpa kata laluan. Apabila anda mengaktifkannya, jika anda ingin log masuk ke akaun anda pada masa akan datang, anda hanya perlu memasukkan nama pengguna dan memilih log masuk menggunakan Account Key. Aplikasi Yahoo! Mail pada telefon pintar akan memaparkan notifikasi, dan anda boleh mengakses akaun Yahoo! anda dengan memberikan kebenaran melalui notifikasi berkenaan.

Pengenalan kemaskini baru untuk aplikasi Yahoo! Mail ini hadir secara berperingkat kepada pengguna Android dan juga iOS.

Muat-Turun Yahoo! Mail untuk Android

Muat-Turun Yahoo! Mail untuk iPhone/iPad


TIPS & ULASAN