Oppo sebelum ini telah memperkenalkan Oppo R7, Oppo R7 Plus dan juga Oppo R7 Lite. Menambah satu lagi peranti dibawah keluarga sama, Oppo kini telah memperkenalkan Oppo R7s yang mana masih mengekalkan penggunaan Snapdragon 615 seperti peranti lain dalam keluarga Oppo R7.
Oppo R7s menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan AMOLED serta kaca 2.5D, dilengkapi ruangan storan 32GB – dan turut menyertakan memori 4GB RAM yang menawarkan penggunaan peranti yang lebih lancar dan pantas. Mungkin penggunaan 4GB RAM ini membawa kepada penambaha “s” pada nama Oppo R7s.
Untuk rakaman gambar, Oppo R7s hadir dengan kamera belakang 13-megapixel dilengkapi sokongan Phase Detection Auto-Focus dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Seperti peranti Oppo yang lain, Oppo R7s turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas VOOC, yang membolehkan pengecasan selama 5 minit menawarkan masa panggilan sehingga 2 jam. Peranti ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3070mAh.
Oppo R7s hadir dengan Android 5.1 serta antaramuka ColorOS 2.1.
Harga jualan Oppo R7s masih tidak diketahui lagi. Oppo R7 Plus sebelum ini ditawarkan pada harga RM1998, Oppo R7 pada harga RM1598 dan juga Oppo R7 Lite pada harga RM1298.