Samsung Kini Mempunyai Blog Sekuriti – Berkongsi Informasi Kemaskini Sekuriti Bulanan

Samsung Kini Mempunyai Blog Sekuriti – Berkongsi Informasi Kemaskini Sekuriti Bulanan

Diterbitkan pada Okt 19, 2015 oleh .

Samsung pada bulan Ogos yang lepas, telah berkongsi mengenai perancangan untuk memperkenalkan kemaskini bulanan secara berkala – dan memastikan pengguna terlindung daripada pelbagai masalah sekuriti dan kerentanan yang dikenal-pasti. Kini, ia dilihat, mereka turut menyediakan sebuah laman khusus untuk berkongsi lanjut mengenai apa yang ditawarkan mereka.

Samsung Galaxy S6

Dinamakan sebagai Samsung Mobile Security, pihak Samsung berkongsi mengenai apakah kemaskini bulanan atau kemaskini sekuriti semasa yang ditawarkan mereka dari masa ke semasa.

Daripada apa yang dikongsikan di laman berkenaan, model yang akan menerima kemaskini secara berkala ini adalah termasuk Galaxy S6 Edge+, Galaxy S6 Edge, Galaxy S6, Galaxy S5, Galaxy Note 5, Galaxy Note 4, Galaxy Note Edge, Galaxy Tab S2, dan juga Galaxy Tab S.

Layari : Samsung Mobile Security


TIPS & ULASAN