Sony α7S II Diperkenalkan – Menawarkan Pemfokusan Pantas, Sokongan 4K, Dan Kadar Sensitiviti Meluas

Sony α7S II Diperkenalkan – Menawarkan Pemfokusan Pantas, Sokongan 4K, Dan Kadar Sensitiviti Meluas

Diterbitkan pada Okt 19, 2015 oleh .

Sony merupakan salah satu pengeluar yang popular kerana penawaran kameranya, dan terkini mereka mengumumkan pengenalan kamera kompak terbaru daripada mereka dibawah siri Sony Alpha, iaitu Sony Alpha 7S II atau turut dikenali ramai sebagai Sony a7S II.

Sony α7S II ini menawarkan sokongan rakaman gambar yang jelas pada keadaan cahaya rendah, dimana ia menawarkan sokongan rakaman pada pelbagai tahap ISO, serta penawaran penstabilan imej pada 5-axis untuk rakaman gambar yang cantik dan kawalan rakaman yang baik.

Sony Alpha 7S II

Sony α7S II menyertakann kadar sensitiviti ISO antara 50-409600, dan dilengkapi dengan sensor 12.2-megapixel (35mm full frame) dan enjin pemproses imej BIONZ X.

Dengan lebih banyak kandungan yang kini dihasilkan pada resolusi 4K, Sony turut menyertakan sokongan tersebut pada kamera Sony α7S II ini, membolehkan pengguna merakamkan video 4K dalam format XAVC S.

Seperti sebelum ini, kamera kompak mirrorless full-frame ini turut hadir dengan sokongan WiFi dan NFC – serta boleh digunakan bersama-sama peranti Android dan iOS.

Sony Alpha α7S II ini akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM13499 (body sahaja), dan untuk pra-tempahan sehingga 25 Oktober ini, Sony turut menawarkan kad memori 128GB, Artisan strap dan juga kerangka Think Tank.


TIPS & ULASAN