Informasi Teknologi Terkini

Pada platform Android, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan akses kepada gambar latar secara rawak yang berubah dari hari ke hari atau dari masa ke semasa. Terdapat juga beberapa aplikasi yang menghasilkan gambar secara automatik, dan salah satunya adalah Tapet.

Tapet menggunakan algoritma tersendiri dengan menggunakan warna dan juga bentuk untuk menghasilkan gambar latar rawak setiap hari. Pengguna juga boleh menatal ke atas dan ke bawah untuk menghasilkan corak baru, selain menatal ke kiri dan kanan untuk mengubah warna.

Tapet

Tapet

Aplikasi Tapet ini boleh dikatakan agak menarik untuk digunakan, dan pengguna juga boleh membuat pembelian-dalam-aplikasi untuk lebih mengawal warna corak yang dihasilkan serta bentuk yang digunakan. Tanpa membuat pembelian-dalam-aplikasi, ia membolehkan pengguna menghasilkan gambar secara rawak tanpa pilihan terhadap bentuk corak yang dihasilkan dan warna yang digunakan.

Bagi anda yang berminat, dan ingin mencuba sesuatu untuk gambar latar peranti anda, anda boleh memuat-turun aplikasi Tapet ini secara percuma dari Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Tapet untuk Android

TIPS & ULASAN