Microsoft Surface Pro 4 Berharga Antara RM3999 Hingga RM9799 Di Malaysia

Microsoft Surface Pro 4 Berharga Antara RM3999 Hingga RM9799 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 19, 2015 oleh .

Microsoft Malaysia hari ini telah memulakan pra-tempahan untuk komputer-tablet popular mereka, dimana sebanyak 6 model ditawarkan, bermula daripada harga asas RM3999 sehingga mencapai harga untuk versi berspesifikasi paling tinggi berharga RM9799. Pra-tempahan bermula hari ini, dan pengguna akan menerima ia bermula 19 November 2015.

Microsoft-Surface-Pro-4-pics

Harga Surface Pro 4
Core M3, 128GB, 4GB RAM RM3999
i5, 128GB, 4GB RAM RM4499
i5, 256GB, 8GB RAM RM5799
i7, 256GB, 8GB RAM RM7099
i7, 256GB, 16GB RAM RM8049
i7, 512GB, 16GB RAM RM9799
Surface Pro 4 Type RM529
Surface Pro 4 Dock RM1059
Surface Pen RM240

Microsoft Surface Pro 4 hadir dengan rekaan yang nipis dan ringan, tetapi menawarkan kuasa pemprosesan yang tinggi untuk pengguna.

Surface Pro 4 hadir dengan skrin 12.3-inci PixelSense, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core M, Core i5, dan juga Core i7. Model asas dengan Intel Core M, memori 4GB RAM dan ruangan storan 128GB SSD berharga RM3999. Model paling berkuasa tinggi adalah berasaskan kepada Intel Core i7, memori 16GB RAM, dan dilengkapi storan 512GB SSD – berharga RM9799.

Seperti biasa, harga jualan adalah tidak termasuk papan kekunci yang boleh dihubungkan ke Surface Pro 4. Surface Pro 4 Type Cover ditawarkan pada harga RM529. Pihak Microsoft Malaysia turut menawarkan Surface Pro Dock pada harga RM1059.

Surface Pro 4 ini menawarkan masa penggunaan sehingga 9 jam lamanya, dan dioptimasikan sepenuhnya untuk menggunakan Windows 10 serta perisian Office. Pengguna juga turut boleh membuat catatan tambahan menggunakan Surface Pen.

Microsoft Malaysia memulakan pra-tempahan melalui laman Lazada hari ini, dan mereka turut akan menawarkan pelbagai produk lain melalui laman Lazada Malaysia tidak lama lagi.

Layari : Microsoft Store di Lazada


TIPS & ULASAN