Xiaomi Mi TV 3 Diperkenalkan – Skrin 60-inci 4K, Mi TV Bar Berasingan

Xiaomi Mi TV 3 Diperkenalkan – Skrin 60-inci 4K, Mi TV Bar Berasingan

Diterbitkan pada Okt 19, 2015 oleh .

Xiaomi hari ini telah pun memperkenalkan televisyen generasi baru daripada mereka, iaitu Mi TV 3. Melalui televisyen baru ini, ia membawakan pelbagai kemaskini baru untuk televisyen pintar generasi ketiga mereka, termasuk penggunaan paparan LG True 4K.

Xiaomi Mi TV 3 membawakan skrin bersaiz 60-inci, dilengkapi pemprosesan khusus yang menawarkan paparan gambar dan warna yang cantik, serta membawakan rekaan yang nipis. Xiaomi mengatakan ia 11.6mm, dan paling tebal pun membawakan ketebalan sekitar 36.7mm.

Xiaomi Mi TV 3

Xiaomi Mi TV 3

Apa yang menjadi kelainan pada Mi TV 3 ini adalah penggunaan papan induk yang diposisikan di luar televisyen dan disatukan dengan soundbar. Perkara ini memudahkan pengguna jika ingin menaik-taraf televisyen, memandangkan daripada data yang dikongsikan Xiaomi, paparan boleh bertahan sehingga 10 tahun lamanya dan memakan kos sebanyak 70% daripada harga televisyen. Menggantikan papan induk ini setiap 18 bulan atau mengikut keselesaan pengguna adalah lebih efektif dari segi kos, kerana ia lebih murah dan memudahkan proses pengguna untuk menggantikannya.

Xiaomi Mi TV 3

Xiaomi Mi TV 3

Hanya satu wayar sahaja yang digunakan untuk menyambungkan papan induk dengan speaker kepada paparan, menjadikan susunan wayar lebih teratur pada ruang tamu anda.

Melengkapkan televisyen ini adalah penggunaan sistem operasi MIUI TV yang berasaskan kepada Android 5.1 Android.

Seperti semua sedia maklum, televisyen ini hanya dipasarkan di China sahaja buat masa ini, dan berharga RMB4999 (~RM3322).

Xiaomi Mi TV3

Xiaomi Mi TV 3

Pengguna juga boleh membeli papan induk yang dinamakan sebagai Mi TV Bar secara berasingan dan menggunakannya bersama pelbagai jenis paparan, termasuk televisyen, projektor, monitor, mahupun peranti VR.


TIPS & ULASAN