Xiaomi sebelum ini telah membuat pelaburan pada Ninebot, pemilik Segway, dan hari ini hasil kerjasama dengan mereka, Xiaomi memperkenalkan sebuah skuter yang boleh dikawal dengan imbangan badan, dinamakan sebagai Ninebot Mini.
Ninebot Mini ini boleh dikatakan sebagai Segway bersaiz kecil, boleh digunakan pada kelajuan sehingga 16km/j, serta seberat 12.8kg, memudahkan untuk dibawa dan diangkat kemana-mana. Dengan sekali pengecasan penuh, Ninebot Mini ini boleh berjalan sejauh 22km.
Ninebot Mini ini dikawal menggunakan imbangan badan, selain turut boleh dikawal menggunakan telefon pintar.
Ninebot Mini ini berharga RMB1999, iaitu sekitar RM1300 sahaja, sekaligus menjadikan ia salah satu gajet yang mungkin diminati dan ingin didapatkan ramai – apatah lagi oleh peminat jenama Xiaomi.