Uber XL Menggunakan Kenderaan Seperti Exora, Dan Alza Diperkenalkan Di Kuala Lumpur

Uber XL Menggunakan Kenderaan Seperti Exora, Dan Alza Diperkenalkan Di Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Okt 19, 2015 oleh .

Uber Malaysia walaupun mengalami pelbagai tekanan daripada pemandu teksi tempatan serta SPAD, namun ia tidak menghentikan mereka daripada memperkenalkan perkhidmatan baru untuk pengguna tempatan. Terkini, di Kuala Lumpur, pihak Uber telah menambah satu lagi variasi dibawah keluarga Uber X, iaitu Uber XL.

UberXL Kuala Lumpur

Seperti pada namanya, Uber XL memfokuskan kepada kenderaan dengan bilangan penumpang yang lebih tinggi daripada kereta biasa. Memberikan contoh mengenainya, Uber Malaysia mengatakan antara kenderaan yang terlibat adalah termasuk Proton Exora, Perodua Alza, Toyota Innova, Toyota Wish dan beberapa yang lain.

Uber XL bermula pada tambang permulaan RM2.50, dan ia bertambah mengikut masa dan kilometer, dimana masing-masing adalah RM0.40 seminit dan RM0.75 sekilometer.

Uber XL boleh dikatakan sebagai pilihan untuk anda yang keluar berkumpulan – dan biasanya membuat tempahan untuk dua kenderaan berbeza. Dengan Uber XL, anda boleh duduk dalam satu kenderaan, berbual dan bersembang sementara pemandu membawa anda kepada lokasi yang ditetapkan.


TIPS & ULASAN