Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang memfokuskan kepada kepantasan mengira anda, dan kini daripada salah seorang pembangun tempatan, hadir sebuah aplikasi yang ringkas dan mudah digunakan, dinamakan sebagai Pantas Sifir.

Pantas Sifir ini ditawarkan untuk Android sahaja, dan ia memfokuskan kepada pelbagai masalah matematik yang melibatkan sifir / darab. Pengguna diberikan sejumlah masalah matematik asas, dan memerlukan mereka menyelesaikan ia sepantas yang mungkin.

Pantas Sifir

Pantas Sifir ini disasarkan kepada pelajar sekolah rendah, dimana ketika anda ingin mula menggunakannya, anda akan diminta untuk mendaftar menggunakan nama sekolah dan umur.

Antaramuka yang dibawakan boleh dikatakan tidak begitu menarik, tetapi aplikasi ini berjalan lancar pada peranti-peranti yang telah dicuba oleh kami. Pantas Sifir juga menyimpan data berkaitan markah, membolehkan anda membandingkan pencapaian anda berbanding pengguna lain, dan berusaha untuk mengatasinya.

Pantas Sifir

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

  • Amaran
  • Aplikasi ini hadir dengan sokongan iklan banner yang dipaparkan pada bahagian bawah aplikasi
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd