Cari @ Amanz

Minggu lepas, selain dari pengumuman minggu 1ASEAN Entrepreneur Summit yang akan berlangsung pada 16-22 November, mereka juga turut berkongsi berkenaan acara-acara yang akan diadakan sepanjang minggu tersebut. Salah satunya adalah anugerah Rice Bowl Startup Awards 2015 yang mengiktiraf startup di rantau ASEAN.

Sebanyak 33 startup akan berentap dalam 9 kategori dan menariknya finalis terdiri dari pelbagai negara di rantau ASEAN. Kesemua 10 kategori ini mempunyai fokus yang berbeza dan telahpun beroperasi di negara mereka. Kategori dan finalis tersebut adalah:

Retail Startup of the Year

retail startup

Kategori ini mempertandingan startup yang aktif dalam jual-beli dan menunjukkan prestasi dan keuntungan didalam perniagaan tersebut. Sekiranya perniagaan mereka mempunyai niche tertentu, mereka juga layak untuk menyertai kategori ini. Tiga startup tersebut adalah – DIY Printing Supply (Malaysia), Poundit (Filipina), dan ShopBack (Singapura).

Media Startup of the Year

media startup

Semakin hari semakin banyak saluran media yang wujud malahan, terdapat startup yang bergiat cergas dalam arena media, mencipta aplikasi, permainan, laman sosial, penghasilan kandungan video dan sebagainya. Tiga startup yang disenarai pendek untuk kategori ini adalah = Carsome (Malaysia), FoodAdvisor.my (Malaysia), dan Mizzima Media (Myanmar).

Digital/Online Startup of the Year

digital online startup

Sedikit berbeza dengan kategori Media Startup of the Year, kategori ini lebih memfokuskan kepada startup yang memperoleh majoriti keuntungan syarikat secara atas-talian ataupun menerusi aplikasi mudah-alih. Tiga Startup tersebut adalah Eatigo (Singapura), Compare Asia Group (Singapura), dan MyDoc.my (Malaysia).

Social Enterprise Startup of the Year

Social entreprise startup

Salah satu cabang dalam bidang startup adalah Social Enterprise, yang mana memberikan penekanan kepada kebajikan dan taraf hidup yang boleh dihasilkan dari startup tersebut. Bidangnya meluas, bukan sekadar dari segi bisnes, malah boleh juga menjurus kepada alam sekitar. Startup yang bertanding didalam kategori ini juga haruslah mempunyai daya-tahan untuk terus beroperasi. Tiga startup yang disenarai pendek adalah Garbage Clinical Insurance (Indonesia), Kapital Boost (Singapura), dan Penampang Renewable Energy (Malaysia).

Tech Startup of the Year

tech startup

Untuk kategori ini, startup yang disenarai pendek adalah startup yang mencipta sesuatu yang baru didalam bidang teknologi, dan perlu membuktikan teknologi yang dihasilkan adalah milik mereka, bukan sekadar menggunakan teknologi yang lain. Bagi kategori yang agak sukar ini, tiga startup yang berjaya disenarai-pendek adalah Star Ticket (Myanmar), StockRadars (Thailand), dan juga Unified Inbox (Singapura).

Product Startup of the Year

product startup

Anugerah ini diwujudkan khusus untuk startup yang baru bermula dan menghasilkan produk fizikal yang menarik dan mempunyai potensi pemasaran yang tinggi. Tiga startup yang disenaraipendek kerana produk fizikal yang menarik adalah Openkod (Malaysia), QLIPP (Singapura), dan Sustainable Alternative Lighting (SALT) (Filipina).

Service Startup of the Year

service startup

Selain dari startup yang mencipta produk fizikal dan juga aplikasi yang menarik, terdapat juga anugerah untuk startup yang lebih memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan. Mereka yang disenaraipendek adalah MumRadar (Singapura), NeonRunner (Malaysia), dan SETSCope (Singapura).

Innovative Go-To-Market Startup of the Year

inno go to market

Umum mengetahui cabaran bagi startup yang baru bermula adalah dalam mendapatkan sambutan dari pengguna. Bagi kategori ini, startup yang disenarai-pendek adalah startup yang baru dilancarkan dan mendapat sambutan pengguna yang sangat menggalakkan. Mereka adalah Gamurai Tech (Singapura), GetLinks (Singapura), dan SkolaFund (Singapura).

Woman in Business Startup of the Year

woman business

Terkadang dalam industri startup, lelaki lebih ramai dari wanita dalam mewujudkan startup yang baru. Anugerah ini diwujudkan bagi meraikan pengasas wanita ataupun wanita yang berpangkat tinggi serta mempunyai tanggungjawab yang besar dalam startup mereka. Mereka adalah Rachel De Villa – Cropital (Phillipines), Silvia Wetherell – MumRadar (Singapore), dan juga Aisa A. Mijeno – Sustainable Alternative Lighting (SALT) (Phillipines)

Terdapat dua kategori yang baru dipertandingkan, ditaja oleh Maybank dan juga Universiti Malaya. Kedua-dua kategori ini mempunyai fokusnya tersendiri.

FinTech Business Startup of the Year (Ditaja oleh Maybank)

fintech startup

Bagi kategori ini, startup yang mencipta sesuatu yang baru berkaitan teknologi kewangan akan berentap untuk anugerah yang ditaja oleh Maybank. Mereka adalah Funding Societies (Singapura), Piggipo (Thailand), dan juga Qwikwire (Filipina).

University Startup of the Year (Ditaja University Malaya)

uni startup

Sehingga kini, terdapat banyak usaha yang dilakukan oleh institusi pendidikan dalam memupuk sikap keusahawanan dikalangan pelajar. Ini salah satu perkara yang patut dipuji bagi memastikan pelajar universiti yang mempunyai minat untuk membangunkan startup bersedia ke alam yang lebih mencabar. Tiga startup yang disenarai-pendek adalah Flexilicate (Malaysia), Linkage Restaurant (Myanmar) dan juga Nanobiotek Indonesia (Indonesia).

Satu lagi kategori utama adalah Golden Rice Bowl: Startup Business of The Year yang akan diberikan kepada salah satu dari 33 startup yang berentap ini. Kesemua finalis akan memperoleh kursus latihan bernilai USD 15,000 dan juga akan ditemukan dengan pelabur-pelabur lain. Malam anugerah ini akan diadakan pada makan malam 1AES Gala Night pada 21 November ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd