SleepPhones – Fon Kepala Yang Boleh Digunakan Ketika Tidur

SleepPhones – Fon Kepala Yang Boleh Digunakan Ketika Tidur

Diterbitkan pada Okt 20, 2015 oleh .

Semasa di asrama dahulu kami sering tidur sambil mendengar muzik dari Walkman. Kami bukan peminat muzik tetapi bilik asrama sekolah kami adalah agak keras dan kerap kali ketika tidur kami diganggu bunyi aneh. Kadang kala terdengar bunyi bayi ketawa, Kalau nasib kurang baik terdengar bunyi wanita menyeringai. Tidur dengan fon telinga tersumbat rapi di dalam telinga adalah cara paling mudah mengelakkan gangguan paranormal seperti ini. Masalah utama fon telinga dan fon kepala ialah ia tidak sesuai digunakan untuk tidur. Fon telinga mudah tercabut jika anda bergerak ketika tidur. Fon kepala pula mungkin akan patah.

Sleephones

SleepPhones ialah fon kepala yang direka khas untuk digunakan ketika tidur.Dua pembesar suara boleh laras diletakkan di dalam sarung kepala yang diperbuat daripada fabrik lembut. Tidak ada bahan plastik keras yang akan membuatkan anda sukar untuk berbaring ketika hendak tidur. Bahan fabrik ini juga direka supaya boleh dibasuh apabila sudah kotor. Selain selesa digunakan ketika tidur, SleepPhones juga selesa digunakan ketika bersenam. SleepPhones sudah memenangi beberapa anugerah rekaan seperti Red Dot. Ianya dijual pada harga $39.95 sepasang.

 


TIPS & ULASAN