Cari @ Amanz

Trilogi ketiga filem Star Wars akan menemui peminat di layar perak pada bulan Disember hadapan. Menjelang tayangan filem yang sangat dinantikan beberapa produk berkaitannya mula diperlihatkan. Hewlett Packard tidak mahu ketinggalan menghasilkan produk berkaitan filem ini. Sebuah komputer edisi khas Star War akan mula dijual bulan hadapan dengan rekaan Sith yang menarik.

HP-Star-Wars-1

Panel belakang dihiasi wajah Darth Vader manakala bahagian dalam terpapar wajah Stromtroopers. Pad sesentuh diukir gambar radar X Wing Luke Skywalker ketika melakukan serangan ke atas Death Star. Komputer riba edisi khas ini turut akan mempunyai program khas yang membolehkan peminat melihat lebih dari 1100 gambar berkaitan penghasilan Star Wars. Gambar set, model, pelakon, lukisan konsep dan story board boleh dilihat. Dari segi spesifikasi ia mempunyai skrin sesentuh15″ FHD, pemproses Intel Skylake, RAM sehingga 12 Gigabyte, muatan dalaman sehingga 1 Terabyte dan kad grafik Nvidia Geforce 940M. Papan kekunci berlampu disertakan dan terdapat juga sistem audio Bang& Olufsen. Harga jualan komputer riba edisi khas Star Wars ini bermula dari $699.99.

HP-Star-Wars-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd