Google Kini Menawarkan Aplikasi Carian Google Dalam Bentuk Beta Untuk Pengguna Android

Google Kini Menawarkan Aplikasi Carian Google Dalam Bentuk Beta Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Okt 20, 2015 oleh .

Google sedia mengintegrasikan aplikasi carian mereka yang dinamakan Google pada semua peranti Android seluruh dunia. Terkini, dalam membolehkan pengguna menguji terlebih dahulu fungsi yang akan diperkenalkan – selain menerima maklumbalas daripada penguji, Google memperkenalkan aplikasi carian mereka dalam bentuk beta.

Melalui versi beta, biasanya pengguna akan ditawarkan untuk menguji aplikasi versi akan datang, dan menguji beberapa fungsi yang akan diperkenalkan kepada umum – atau sebaliknya.

Google Search iOS

Aplikasi Google ini menawarkan kemudahan membuat carian, selain integrasi Google Now. Dengan Android 6.0 Marshmallow juga ia membolehkan pengguna menggunakan fungsi seperti Now on Tap. Mungkin Google mempunyai lebih banyak fungsi untuk diperkenalkan, selain penambah-baikkan dilakukan pada aplikasi tersebut.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh mendaftarkan diri untuk menyertai beta, dan mengemaskini aplikasi Google anda kepada versi beta terkini.

Sertai : Google Search Beta untuk Android

Muat-Turun Aplikasi Google untuk Android


TIPS & ULASAN