Lenovo Yoga 900 Membawakan Rekaan Hibrid Yang Sangat Nipis – Dijana Intel Skylake

Lenovo Yoga 900 Membawakan Rekaan Hibrid Yang Sangat Nipis – Dijana Intel Skylake

Diterbitkan pada Okt 20, 2015 oleh .

Lenovo boleh dikatakan agak popular dengan komputer riba Yoga mereka – dimana ia menawarkan rekaan skrin boleh dilipat 360-darjah, sekaligus mengubah penggunaan kepada beberapa perkara – termasuk sebagai komputer riba, atau tablet. Terkini, Lenovo turut mengumumkan kemaskini kepada Yoga 3 sebelum ini dengan pengenalan Yoga 900.

Lenovo Yoga 900

Lenovo Yoga 900

Lenovo Yoga 900 hadir dengan skrin sentuh bersaiz 13.3-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-6 dengan pilihan Core i5 atau Core i7, memori sehingga 16GB RAM dan juga ruangan storan sehingga 512GB SSD.

Lenovo turut menyertakan sokongan audio berasaskan JBL, tetapi dikatakan tidak memainkan lagu sekuat versi Yoga sebelum ini. Yoga 900 ini menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama berbanding versi sebelum ini, dimana secara purata ia menawarkan masa penggunaan bateri sehingga lapan jam lamanya.

Lenovo Yoga 900

Lenovo Yoga 900

Lenovo Yoga 900 turut dilengkapi sistem operasi Windows 10, dan pihak Lenovo menekankan yang mana Yoga 900 merupakan komputer riba berbentuk convertible yang sangat nipis dengan ketebalan hanya sekitar 14.9mm sahaja.

Lenovo Yoga 900 ini akan mula dijual daripada model asas menggunakan Cire i5, memori 8GB RAM dan ruangan storan 256GB SSD pada harga $1199.99 (~RM5119).


TIPS & ULASAN