Facebook Page Kini Boleh Berkongsi Gambar Animasi GIF

Facebook Page Kini Boleh Berkongsi Gambar Animasi GIF

Diterbitkan pada Okt 20, 2015 oleh .

Facebook telah memperkenalkan sokongan GIF pada perkhidmatan laman sosial mereka tidak lama sebelum ini, dan kini nampaknya fungsi serupa turut telah diperkenalkan secara meluas kepada Facebook Page seluruh dunia.

Melalui sokongan GIF ini, pengguna boleh berkongsi gambar beranimasi terus ke Facebook, dan sebuah tanda bulat bertulis “GIF” diperlihatkan. Animasi tidak dimainkan secara automatik, sebaliknya memerlukan pengguna untuk tap pada gambar berkenaan sebelum ia dimainkan.

Facebook GIF

Sokongan GIF ini berfungsi buat masa ini dengan memerlukan pengguna berkongsi pautan ke GIF, dan ia akan memaparkan animasi berkenaan kepada pengguna sebelum ia diterbitkan. Percubaan kami untuk memuat-naik gambar GIF dilihat masih tidak memaparkan ia dalam bentuk animasi, sebaliknya mengubah ia kepada gambar biasa.


TIPS & ULASAN