Cari @ Amanz

Huawei Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media mereka, memperlihatkan mereka akan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Huawei Mate S secara rasminya di Malaysia pada 27 Oktober 2015 ini.

Huawei Mate S merupakan telefon pintar terbaru daripada Huawei, hadir dengan rekaan premium, serta menyertakan beberapa perkara baru. Antaranya termasuklah sensor pengimbas cap jari yang sangat pantas, kamera yang baik, serta beberapa model yang dilengkapi sokongan Force Touch.

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Telefon pintar ini membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Kirin 935, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel OIS dan kamera hadapan 8-megapixel. Dengan fokus terhadap selfie, pihak Huawei turut menyertakan pencahayaan tambahan pada bahagian hadapan.

Huawei Mate S hadir dengan antaramuka EMUI, serta dilengkapi sokongan rangkaian 4G LTE.

Harga jualan dan tarikh ia akan mula dijual dijangka dikongsikan oleh Huawei pada tarikh pelancaran kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd