Cari @ Amanz

Pada Google Maps, pengguna sedia boleh menggunakan fungsi Street View untuk melihat pemandangan daripada jalan raya, dan pihak Google juga turut mempunyai fungsi khusus untuk membolehkan pengguna melihat ia dalam paparan 3D.

Kini, Google dilihat telah mengaktifkan sokongan paparan 3D di Hong Kong, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja untuk melawat Hong Kong dalam bentuk paparan 3-dimensi.

Google Maps Hong Kong

Paparan ini sekaligus membolehkan anda melawat Hong Kong daripada udara, sekaligus melihat pelbagai rekaan bangunan dan juga rekaan bandaraya berkenaan secara menyeluruh dari atas dan tepi.

Untuk melihat lokasi dalam bentuk paparan 3D, anda hanya perlu mengaktifkan paparan Earth View, dan kemudian, pada bahagian kanan, klik pada ikon Tilt.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd