Cari @ Amanz

Kami tidak menggunakan jam tangan pintar kerana ia mempunyai ketahanan bateri yang pendek. Pada penggunaan berat majoriti hayat jam tangan pintar tidak mampu bertahan sepanjang hari. Tambah menjengkelkan 90% jam tangan pintar di pasaran memerlukan pengecas khas. Ini menyukarkan proses mengecas ketika kecemasan. CharSpace cuba menyelesaikan masalah kecemasan ini dengan kerana ia tali jam tangan dengan kabel pengecas terbina.

CharSpace-1

Apabila jam tangan pintar ingin dicas pengguna hanya perlu meninggalkannya dari pergerakan tangan dan mencucuk hujung CharSpace ke port USB-A berdekatan. Ini bermakna jam tangan pintar anda boleh dicas menggunakan komputer desktop, komputer riba dan juga power bank. Pada waktu yang sama terdapat kepala MikroUSB/Lighining pada sebelah lagi tali CharSpace. Ini membolehkan peranti pintar Android ataupun iOS digunakan untuk mengecas jam tangan pintar sekiranya perlu. Tidak cukup dengan itu, CharSpace juga mempunyai muatan sehingga 128 Gigabyte. Terdapat beberapa versi Charspace yang boleh digunakan oleh jam tangan pintar Apple Watch, Moto 360, Pebble Time, Samsung Gear S dan Gear S2. Projek ini masih mengumpulkan dana dan boleh disokong bermula dari $49 sepasang.

CharSpace-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd