WeChat hari ini telah menawarkan kemaskini untuk aplikasi iOS mereka, dimana salah satu fungsi baru yang menjadi fokus pada pengenalan versi baru ini adalah sokongan panggilan suara dan video secara berkumpulan.
Kini, pengguna WeChat di iPhone atau iPad boleh membuat panggilan video melibatkan sehingga sembilan orang pada sesuatu masa.
Selain daripada sokongan panggilan video berkumpulan, pengguna iPhone 6s dan juga iPhone 6s Plus turut boleh menggunakan sokongan 3D Touch pada peranti mereka.
- Muat Turun
- Muat-Turun WeChat untuk iOS