Teknologi Autocomplete Untuk Animasi Yang Dilukis Tangan Diperlihatkan

Teknologi Autocomplete Untuk Animasi Yang Dilukis Tangan Diperlihatkan

Diterbitkan pada Okt 20, 2015 oleh .

Arena teknologi memudahkan pelbagai perkara, dan pada persidangan Siggraph Asia, sebuah teknologi berbentuk konsep diperlihatkan yang mana bertugas untuk memudahkan proses membuat animasi yang dilukis tangan.

Melaluinya, ia mengimplementasikan sokongan autocomplete pada lukisan, berdasarkan kepada lukisan asal. Ini membolehkan pengguna menggunakan lakaran yang lebih kurang sama secara automatik pada bingkai lukisan-lukisan yang seterusnya tanpa perlu melukisnya semula daripada permulaan.

Autocomplete Animasi

Perisian konsep yang dipertontonkan ini bukan setakat terhad kepada itu sahaja, tetapi turut boleh mencadangkan penggunaan beberapa corak pada lukisan secara automatik – sekaligus menjadikan hasil akhir lebih kemas dan cantik.

Segala cadangan yang diperlihatkan oleh perisian ini berbentuk masa-nyata, dimana cadangan baru diperlihatkan ketika anda sedang membuat lakaran. Pengguna juga oleh mengimplementasikan penggunaan warna pada pelbagai bingkai animasi lain secara automatik melaluinya.

Perisian ini sekadar konsep sahaja buat masa ini, dan dilihat lebih memfokuskan kepada para pelukis dan mereka yang terlibat dalam animasi untuk memudahkan tugasan mereka.


TIPS & ULASAN