HTC One A9 Diumumkan Dengan Fokus Terhadap Kemaskini Android Pantas
HTC

HTC One A9 Diumumkan Dengan Fokus Terhadap Kemaskini Android Pantas

Diterbitkan pada Okt 21, 2015 oleh .

HTC hari ini telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai HTC One A9 – yang mana membawakan evolusi rekaan daripada One M7 serta penambah-baikkan elemen One M8, serta beberapa pembaharuan baru.

HTC One A9 menjadi telefon pintar pertama Android berasaskan versi Android 6.0 Marshmallow yang hadir ke pasaran yang mana bukan daripada keluarga peranti Nexus.

HTC One A9

HTC One A9

HTC One A9 menggunakan skrin bersaiz 5-inci AMOLED, dilengkapi resolusi HD penuh 1920×1080 pixel, dan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 617. Pihak HTC menawarkan variasi peranti dengan pilihan 2GB RAM/16GB storan atau 3GB RAM/32GB storan berdasarkan kepada negara. Bagi anda yang inginkan storan lebih, jangan risau kerana HTC One A9 turut hadir dengan sokongan kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, HTC One A9 hadir dengan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan penstabilan imej optikal, dan kamera hadapan HTC Ultrapixel. HTC One A9 turut menyokong output gambar dalam bentuk RAW – menyasarkan golongan profesional yang inginkan lebih kawalan dalam rakaman gambar manual. Mod rakaman baru seperti Hyplerlapse turut diperkenalkan pada HTC One A9 ini.

HTC One A9

HTC One A9

HTC turut mengatakan ia menawarkan kualiti audio yang jauh lebih baik berbanding pelbagai peranti lain di pasaran.

Selain daripada itu, salah satu perkara yang menarik yang diumumkan oleh HTC adalah berkenaan dengan kemaskini. Mereka mengatakan akan menawarkan kemaskini perisian untuk HTC One A9 dalam tempoh masa 15 hari sejak peranti Nexus menerimanya – sekaligus membawa kepada cabaran baru dalam pengenalan kemaskini sekuriti dan fungsi baru dikalangan pengeluar peranti lain.

HTC One A9 ditawarkan pada harga sekitar ~RM1715 di Amerika Syarikat. Harga jualan rasmi untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN